Kami, GIGAGIGS SDN BHD (No. Syarikat: 1186203-X), pengendali aplikasi GigaGigs (GigaGigs), amat menitikberatkan kerahsiaan maklumat peribadi anda. Notis ini adalah dikeluarkan mengikut peruntukan dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi serta Peraturan dan Piawaian yang berkaitan (secara kolektifnya “PDPA 2010”). Kami adalah komited untuk melindungi segala Data Peribadi (sepertimana yang diperihalkan di bawah) yang disimpan oleh kami serta yang diberikan oleh anda dan ahli-ahli kami ketika menggunakan GigaGigs yang selaras dengan peruntukkan PDPA 2010. Kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan Data Peribadi anda kecuali sepertimana yang dinyatakan di dalam Notis ini.


Maklumat yang dikumpul

“Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat peribadi yang berkaitan dengan anda yang telah didedahkan kepada kami melalui GigaGigs berikutan pendaftaran anda dengan penggunaan GigaGigs, dan ini adalah tidak termasuk dan tidak terhad kepada nama, umur, jantina, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, pendidikan, bangsa, kewarganegaraan, maklumat perhubungan (alamat, emel, nombor telefon), maklumat keluarga (status perkahwinan), maklumat transaksi anda di GigaGigs seperti nombor akaun bank, baki akaun, dan aktiviti akaun. Tambahan, dari semasa ke semasa, GigaGigs akan memohon untuk maklumat peribadi yang lain yang mungkin relevan untuk GigaGigs, seperti tetapi tidak terhad kepada pendapat dan maklumat pengenalan peribadi yang lain yang boleh dianggap sebagai “Data Peribadi” atau “Data Peribadi yang sensitif” di bawah PDPA 2010.

Selain daripada Data Peribadi yang dikumpul, kami juga akan mengumpul maklumat lain yang bukan peribadi sebagai sebahagian daripada pendaftaran dan penggunaan GigaGigs seperti berikut:

  • maklumat yang berkaitan dengan lokasi sebenar anda yang mungkin termasuk kordinat GPS (contoh: latitud dan/atau longitud) atau maklumat yang serupa mengenai lokasi alat komunikasi mudah alih.
  • maklumat yang diperolehi melalui cookies (fail teks kecil yang mengandungi rentetan aksara abjad angka yang mengenal pasti pelayar atau peranti anda) yang mana anda boleh memadamkan tetapi beberapa ciri-ciri GigaGigs akan terjejas atau tidak berfungsi dengan baik jika pilihan untuk memadam cookies dipilih.
  • maklumat daripada log masuk ke GigaGigs seperti alamat emel, maklumat penggunaan GigaGigs, tugasan yang dipilih, pencarian, log telefon seperti nombor telefon anda, masa dan tarikh log masuk.

Sekiranya anda menghubungi kami melalui emel, kandungan emel tersebut akan disimpan oleh kami serta kandungan emel balasan kami kepada anda.


Prinsip umum

  • GigaGigs hanya akan mengguna, memproses, merekod, memegang, menyimpan, berkongsi dan mendedahkan (secara kolektif “proses”) Data Peribadi dengan kebenaran anda, yang mana anda akan berikan apabila anda bersetuju kepada terma dan syarat perkhidmatan kami.
  • Penggunaan GigaGigs yang berterusan adalah bermakna anda terus membenarkan GigaGigs memproses Data Peribadi anda.
  • Jika anda berumur 18 tahun dan ke bawah, pastikan anda telah mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga anda sebelum menggunakan GigaGigs atau perkhidmatan kami.
  • Data Peribadi anda juga akan digunakan untuk menghantar maklumat, promosi, maklumat terkini yang termasuk pemasaran, pengiklanan yang berhubung dengan perkhidmatan kami dan juga organisasi yang dipilih kami. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk tidak meneruskan penerimaan maklumat terkini dengan memilih keluar (sila lihat Maklumat Akses di bawah).

Tujuan Mengumpul Data Peribadi

Kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:

  • Pendaftaran keahlian GigaGigs anda.
  • Ketepatan Data Peribadi anda akan membolehkan kami untuk memberitahu dan menyediakan tugasan yang sesuai untuk anda.
  • Maklumat perbankan anda dan/atau maklumat lain yang digunakan anda dikumpul untuk memproses ganjaran yang dibayar kepada anda oleh GigaGigs.
  • Untuk melaksanakan penyelidikan statistik atau kajian data.
  • Bagi kegunaan promosi produk dan perkhidmatan dan tujuan lain yang berkaitan.
  • Untuk memaklumkan anda mengenai tugasan akan datang, perubahan atau penambahbaikan.

Perkongsian Maklumat

Dengan persetujuan anda menurut Notis ini, kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat, organisasi atau individu di luar GigaGigs sama ada di dalam atau luar Malaysia termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggan kami yang memberi tugasan yang telah anda lakukan dan rakan usaha sama kami di China, kumpulan syarikat WeiChaiShi atau mana-mana entiti lain yang berkaitan dengan GigaGigs atau WeiChaiShi. Kami juga boleh memberikan Data Peribadi anda kepada sekutu kami atau perniagaan lain yang dipercayai untuk memproses maklumat ini untuk kami, berdasarkan arahan kami dan mematuhi Polisi Privasi kami dan sebarang tindakan dan keselamatan lain yang bersesuaian.

Oleh itu, kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan Data Peribadi anda tanpa kebenaran bertulis anda terlebih dahulu, kecuali bagi maksud seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Kepada syarikat dan organisasi bagi menghantar hasil daripada tanggungjawab kontrak, atau untuk mendapat apa-apa jumlah yang terhutang kepada GigaGigs, dalam cara maklumat agregat dan maklumat tidak dapat dikenal pasti.
  • Kepada syarikat dan organisasi yang bertindak sebagai saluran pembayaran.
  • Kepada pembekal perkhidmatan lain atau pihak ketiga yang dinamakan oleh GigaGigs, untuk tujuan mewujudkan dan mengekalkan pangkalan data pengguna yang sama atau data pemprosesan sebagai entiti khidmat luar.
  • Untuk melindungi kepentingan GigaGigs.
  • Atas sebab undang-undang untuk memenuhi mana-mana undang-undang, peraturan, proses undang-undang yang berkenaan atau permintaan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dan bagi penguatkuasaan terma dan syarat perkhidmatan atau pada amnya untuk melindungi hak, harta atau keselamatan ahli-ahli kami seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.
  • Untuk menggalakkan mana-mana perkhidmatan GigaGigs, atau produk, perkhidmatan dan tawaran istimewa daripada pihak ketiga yang mana produk dan perkhidmatan yang kami fikir mungkin menarik minat anda.
  • Untuk menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang.

Sambil kami mengembangkan perniagaan kami, kami mungkin akan membeli dan menjual aset atau tawaran perniagaan, pengguna, emel dan maklumat pengunjung yang merupakan salah satu daripada aset perniagaan yang terlibat dalam transaksi sebegini. Kami juga mungkin akan memindah atau menyerahkan maklumat pada ketika pemberhentian pelaburan korporat, penggabungan, atau pembubaran.


Akses Maklumat

Mana-mana ahli yang telah memberi Data Peribadi sebelum Notis ini, sila hubungi GigaGigs dengan maklumat perhubungan yang dinyatakan di bawah untuk mengetahui apa jenis Data Peribadi yang telah diproses dan untuk tujuan pemprosesan.

Anda boleh meminta untuk meminda Data Peribadi anda untuk memastikan kesahihan dan ketepatannya. Sekiranya anda ingin memadamkan Data Peribadi anda daripada sistem kami, sila hubungi kami di maklumat perhubungan yang diberikan di bawah. Walau bagaimanapun, kami mungkin akan meminta anda untuk mengesahkan identiti anda sebelum apa-apa pindaan atau penghapusan dilakukan. Kami akan menggunakan usaha yang berpatutan secara komersil untuk menghormati permintaan anda tetapi kami akan menyimpan satu salinan rekod sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau untuk tujuan perniagaan sah yang lain.

Anda akan diberi peluang untuk “tidak memilih” supaya Data Peribada yang telah digunakan untuk tujuan yang tidak berkaitan secara langsung dengan perkhidmatan kami atau website GigaGigs apabila GigaGigs meminta maklumat. Jika anda tidak ingin untuk menerima sebarang maklumat terbaru mengenai promosi kami, anda boleh memilih untuk “tidak memilih” daripada menerima komunikasi ini dengan menghubugi GigaGigs di nombor telefon yang dinyatakan di bawah. Namun, harap maklum bahawai jika anda mengambil keputuan untuk “tidak memilih”, kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan tertentu kami dan langganan atau permohonan anda terhadap perkhidmatan tertentu kami akan ditolak, dinafikan atau dihalang oleh GigaGigs.


Langkah Keselamatan

GigaGigs mengambil langkah berhati-hati untuk memastikan dan melindungi kerahsiaan dan keselamatan semua Data Peribadi, termasuk langkah-langkah procedural, organisasi, dan teknikal yang sesuai untuk melindungi Data Peribadi daripada pemusnahan secara tidak sengaja atau menyalahi undang-undang atau kehilangan secara tidak sengaja, pengubahan atau pendedahan.

Dalam melaksanakan tanggungjawab kami berkenaan kerahsiaan Data Peribadi, beberapa usaha perlindungan akan digunakan yang bersesuaian dengan sensitiviti maklumat, untuk melindungi Data Peribadi daripada hilang atau dicuri, serta akses tanpa kebenaran, pendedahan, penyalinan, penggunaan, atau pengubahsuaian. Perlindungan sebegini akan merangkumi langkah-langkah fizikal, organisasi dan teknologi, seperti kabinet pemfailan berkunci, akses terhad kepada pejabat, pelepasan keselamatan dan mengehadkan akses atas dasar “perlu tahu” serta menggunakan kata laluan dan penyulitan. Prosedur untuk melaksanakan langkah-langkah ini akan dimaklumkan kepada semua pekerja GigaGigs dan pihak ketiga untuk memastikan pematuhan kepada prinsip ini.


Prinsip Integriti Data

GigaGigs berusaha untuk mengekalkan maklumat yang lengkap, terkini, dan tepat mengenai ahli-ahlinya. Apa-apa maklumat yang tidak tepat yang diberi kepada GigaGigs akan dibetulkan dengan secepat mungkin. Langkah-langkah akan diambil akan dikekalkan untuk memastikan semua laporan ketidaktepatan akan dikendalikan dengan segera dan tepat untuk memastikan maklumat ahli-ahli adalah tepat, terkini dan lengkap yang mungkin.

Oleh itu, anda digalakkan untuk memberi Data Peribadi kepada GigaGigs. Kegagalan untuk memberi maklumat yang lengkap dan betul kepada GigaGigs seperti yang dikehendaki, permohonan anda untuk perkhidmatan kami akan ditolak.


Laman web GigaGigs

Apabilan ahli melawat www.GigaGigs.com, sever pelayan akan merekodkan maklumat tanpa nama bagi maklumat seperti masa, tarikh dan URL permintaan. Maklumat ini membantu kami untuk memperbaiki struktur laman web kami dan memantau prestasinya. Dari semasa ke semasa, kami akan menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk menganalisis maklumat tanpa nama tersebut.


Perubahan dalam Dasar

Kami mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan kepada Notis ini dari semasa ke semasa dan sebarang perubahan yang dipaparkan di laman web kami [www.GigaGigs.com]. Oleh itu, anda perlu menyemak halaman ini dari semasa ke semasa.

Penggunaan berterusan aplikasi GigaGigs

Penggunaan berterusan anda aplikasi GigaGigs atau sebaliknya akan dianggap sebagai persetujuan berterusan daripada anda untuk GigaGigs untuk mengumpul, memproses dan menyimpan data mengikut Notis ini.

GigaGigs adalah komited untuk melindungai Data Peribadi setiap ahli. Sila ambil perhatian bahawa dengan bersetuju dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan kami, anda juga bersetuju dengan pemprosesan Data Peribada anda mengikut Notis ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, sila hubungi kami di:

Telefon: 03-5612 3899 dari 9.00am sehingga 6.00pm Isnin hingga Jumaat

Email: hello@gigagigs.com