FAQ - Bagaimana untuk lakukan tugasan 'Scan & Earn'

Most frequent questions and answers

Program rujukan membolehkan anda memperoleh ganjaran tunai dengan menjemput rakan atau ahli keluarga anda untuk menyelesaikan tugasan [Scan & Earn]. Sila rujuk video tutorial  di sini untuk butiran lanjut..

Anda akan mendapat ganjaran rujukan RM5 untuk setiap rujukan yang berjaya; Jika rakan anda berbangsa India atau dari Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan), anda akan mendapat ganjaran tambahan RM10, berjumlah RM15 untuk setiap rujukan yang berjaya.

Kami membayar lebih baik untuk rujukan dari Pantai Timur dan India kerana ia lebih sukar untuk disasarkan berbanding kawasan lain, justeru kami membayar lebih tinggi untuk memberi insentif kepada rujukan.

Ya, anda boleh rujuk lebih daripada 1 rakan untuk sertai. Lebih banyak anda rujuk, lebih banyak anda dapat.

Rakan/pengikut anda perlu mendaftar sebagai ahli Kantar dan imbas/rekod mana-mana 5 produk isi rumah dalam aplikasi Kantar dalam masa 5 minggu. Sila rujuk video tutorial di sini untuk butiran lanjut..

Rakan atau ahli keluarga anda akan menerima ganjaran wang tunai RM5 setelah menyelesaikan tugasan [Scan & Earn] mengikut arahan (Imbas & Rekod mana-mana 5 produk isi rumah). Selain itu, mereka akan diberi ganjaran 125 mata setiap minggu dengan menyertai tinjauan 2-3 minit setiap minggu (Mata boleh digunakan untuk menebus hadiah bernilai seperti Kerusi Permainan, Penapis Udara, iPad dll).

Tidak. Mata ganjaran hanya akan diberi kepada peserta yang berjaya menyelesaikan tugasan [Scan & Earn]. Anda hanya akan menerima RM5 untuk setiap rujukan yang berjaya atau RM15 jika rujukan yang berjaya adalah warga India atau rakan dari Pantai Timur.

Anda akan mendapat bayaran anda dalam 10-20 hari bekerja selepas rujukan anda disahkan oleh pelanggan kami, Kantar.

Tidak. Anda boleh meminta pautan rujukan unik daripada kami. Sesiapa sahaja yang mendaftar dan menyelesaikan tugasan melalui pautan unik anda akan dikira sebagai rujukan anda.

Sila minta rakan/ pengikut/ ahli keluarga anda daftar dan selesaikan tugasan melalui pautan unik anda, supaya kami tahu mereka ini datang dari pihak anda. Pautan dalam aplikasi GigaGigs adalah untuk ahli GigaGigs kami.

GigaGigs (https://gigagigs.com/ ) ialah platform aplikasi mudah alih yang menghubungkan individu dengan serta-merta melalui tugasan mikro (mudah, menyeronokkan dan tugasan yang mudah dilakukan), dan membayar peserta setelah selesai melakukan tugasan. GigaGigs juga diiktiraf oleh MDEC dengan pengiktirafan sebagai syarikat MSC Malaysia. https://mdec.my/erezeki/

Kantar ( https://www.kantarworldpanel.com/global ) ialah peneraju dunia dalam pengetahuan dan pandangan pengguna berdasarkan panel pengguna berterusan. Mereka sedang menjalankan tinjauan untuk mengumpul maklumat daripada orang ramai seperti anda tentang pembelian isi rumah mingguan seperti makanan, peralatan mandian dan produk rumah.

    Name

    Email