GigaGigs mahu jadikan Malaysia hab pengembangan digital ke ASEAN

Source: Harian Metro

Kuala LumpurGigaGigs Sdn Bhd, syarikat teknologi berasaskan model perniagaan dana awam global melalui platform tugas mikro mudah alih dikenali GigaGigs berhasrat menjadikan Malaysia hab pengembangan perniagaan digitalnya ke rantau Asean dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengarah Urusan Asia Tenggara dan Greater China, Kow Kuan Hua berkata, Malaysia berada pada lokasi strategik bagi pelan perluasan syarikat di rantau ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk 660 juta orang.

“Pada masa ini ada banyak pemintaan platform tugas mikro mudah alih di Indonesia dan Thailand yang menjadi petanda positif kepada usaha penerokaan pasaran di Asean kelak,” katanya.

Hadir sama, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WeiChaiShi, Charles Pei dan Pengerusi GigaGigs Asia Tenggara dan Greater China, Khoo Kar Khoon.

GigaGigs adalah platform tugas mikro yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat dari China iaitu WeiChaiShi, peneraju gerakan tugas mikro di China dan menjadi platform perniagaan ke pengguna (B2C) dana awam terbesar di sana.